Hari berlalu begitu pantas. Pejam celik rupanya sudah hampir genap setahun mahligai cinta ini terbina. Malangnya Yul tak berasa gembira.
Disebalik keceriaan raut wajah yang dipaparkan terselit dipenjuru hati merasakan kesedihan. Yul merasakan kepercayaan A sudah tiada buatku. Yul juga dapat merasakan yang hubungan kami deselubungi kedinginan. Kurasakan dunia Yul semakin gelap. Cahaya awalnya cerah memancar dan menyinari kehidupan yang memukau hati dan perasaan kini beransur malap dan suram. Yul merindui setiap saat detik manis kami bersama, menangis dan ketawa bersama, makan minum bersama, yang penting malam-malam indah kami yang dihargai bersama.
Yul cukup meridui semuanya, ingin sekali Yul kembali ke masa lalu. Ini semua berpunca dari kesilapan Yul sendiri. Kenapalah Yul terlalu leka dengan kemahuan hati. Tapi Yul akur dengan kesalahan lalu dan Yul berjanji semua ini tidak akan berulang lagi.
Yul tahu hati A sebelum ini pernah dimilikki orang dan Yul juga tahu bagaimana hatinya musnah hancur dikecewakan sehingga menjadi kepingan halus yang sukar untuk bercantum semula. Alangkah gembiranya hati Yul bila dapat membuat A tersenyum kembali, melihat senyuman yang kelihatan seperti tidak berpenghujung sehiggalah kesilapan Yul menyudahi. Akan tetapi Yul tahu disudut hati kecil A masih terselit kepercayaan terhadap Yul. Yul faham dan mengerti bagaimana perasaan A Cuma satu yang Yul pinta, berikan Yul kesempatan sekali lagi.
Pada hari itu, Yul merasakan jantung Yul seperti ditikam pisau apabila A memberitahu ku yang dia akan keluar tinggal dengan abang angkatnya untuk semalam.
“love, malam sabtu ni A nak keluar.” A.
“where u wanna go?” dengan perasaan curiga yul bertanya.
“tidur kat rumah abang angkat A kat Klang. Dia buat birthday party anak buah kat rumah dia. So, dia ajak A datang celebrate sekali.” A
Yul hanya mengangguk membenarkan A pergi. Kalau nak minta A pulang balik dari Klang pun rasanya mustahil sebab pertamma jauh dan kedua party tu sebelah malam. Terpaksalah diterima. Difikiran Yul timbul bermacam-macam benda melayang-layang memenuhi ruang kepala. Yul sebenarnya takut jikalau A meninggalkan Yul demi lelaki lain sebab Yul masih sayangkan A sepenuh hati.
Malam sabtu, Yul menemankan A sehingga ke stesen LRT Putra. Yul membelikan A ticket terus ke Sri Petaling, katanya nanti dia dijemput kat sana. Yul tunduk melihat A pergi, sebab ni lah first time dia pergi meninggalkan Yul seorang.
“janganlah macam ni love, pergi pun just nak celebrate birthday je. Don’t worry about me ok.” Cuba menyejukkan hati Yul.
“mana ada, memandai je u ni kan. Pergilah nanti lewat pula. Tertunggu-tunggu abang A nanti kat sana. Jangan lupa hantar massage kat kita bila dah sampai sana, ok” Yul.
“ok. Take care” A membalas dengan senyuman. Yul tak sanggup melihat A hilang dari pandangan anak mata Yul, jadi Yul buat keputusan untuk pergi dahulu sebelum A pergi meninggalkan Yul.
Sejam kemudian handphone ku berbunyi, Yul perhatikan ada massage masuk yang di hantar oleh A. “ I dah sampai kat rumah abang, battery handphone I low. Bila-bila je boleh mati. Lupa nak bawa charger tadi. Love you.” Yul tak balas banyak Cuma membalasnya dengan perkataan sayang. Tidak semana-mana air mata Yul jatu membasahi pipi. Malam tu Yul tak tentu arah memikirkan apa yang dilakukanya di sana. Sebelum tidur Yul ada mencuba untuk call A, tapi tak dapat. Hampir berkali-kali Yul mencubanya. Yul susah hati dan Yul terus menangis tak berhenti-henti,sesak nafas dibuatnya. Rasanya hati Yul malam tu bagai nak pecah. Akhirnya Yul menangis sampaikan tertidur di sofa.
Keesokkan harinya, Yul dikejutkan oleh A,“apasal tidur luar, kenapa tak tidur dalam bilik?”
Yul Cuma membuka mata dan terus melihat jam di handphone ku. waktu menunjukkan sudah masuk jam 3.40 petang. Yul bangun terus masuk ke bilik tanpa menjawab pertanyaan A dengan muka yang murung. “kenapa dengan u ni, dah buang tabiat ke?” soal A. Yul tak menjawab biar sepatah haram pun. “ok fine. U nak macam ni kan. Ok I give your space.” Dengan nada yang ckit kasar. Kami tak bertegur sampailah malam menjelma kembali. Ingat lagi waktu tu jam menunjukkan jam 12 tengah malam. Yul masuk bilik awal sebab yul nak tidur lagipun hati masih sakit. Selepas tu A masuk bilik, dia duduk kat tepi penjuru katil cuba untuk memujuk Yul, tapi Yul tak endahkan. Dia baring sebelah Yul, “ Yul tak sayangkan A ke. Satu hari u tak tegur i.” Tanya A. Yul tak menjawab Cuma menitiskan air mata. Yul nak juga menjawab tapi macam ada benda cuba menyekat suara Yul dari berkata-kata. Dia cuba memeluk Yul, tapi Yul tepis tangan A dari memeluk. A terus cuba dan mencuba, tapi Yul melakukan benda yang sama. Akhirnya A dengan sedikit kasar lalu mencapai tangan Yul dan memusingkan badan Yul menghadap ke arahnya, Yul terjejut lalu menutupkan mata. A tak membuang masa terus memeluk erat badan Yul. Yul dapat merasakan nafas yang panas dihembuskan. “ I’m sorry.”dengan suaranya yang lunak dan lembut di bisikkan ketelinga. Air mata Yul tak berhenti-henti mengalir dalam masa yang sama Yul berasa selesa di dalam dakapan A. tanganya yang lembut tiba-tiba memegang kepala Yul dengan lembut dia mengucup bibir Yul. Sudah lama Yul tidak merasakan ciuman seperti itu darinya. Yul tidak menolak dan terus memeluk A sambil meminta maaf dengan apa yang Yul lakukan sebelun ni.
“shhh, I dah lama lupakan pun. Stop crying ok.” Sambil A mengesat air mata Yul.
“jadi kenapa layan Yul macam tu selama beberapa bulan ni?” yul
“saja nak tengok sama ada Yul buat lagi atau tak.” A.
“sampai hati buat Yul macam tu. jadi semalam u buat apa kat umah abang angkat kat Klang” Tanya Yul lagi.
“sebenarnya semua tu rancangan dia. Dia nak tengok seberapa jauh u risaukan i. mula-mula tak terfikir juga nak buat macam tu, tapi I yang minta dia bagi cadangan sebab I nak kita balik semula macam dulu.” Jawab A.
Kemudian A mengeluarkan sesuatu benda dari pocket seluar, kemudian A mengeluarkan sepasang cincin yang tak seberapa lalu menyarungkan di jari manis sebelah kanan jari Yul. Yul betul-betul terharu berbaur gembira yang tersangat sangat. Yul tak terkata apa-apa Cuma dapat tersenyum dan menagis kegembiraan. Malam itu merupakan malam yang begitu indah sekali yang pernah Yul rasakan. Yul berjanji akan setia dan akan membahagiakan A dengan sepenuh jiwa. Yul juga berterima kasih tak terhingga kepada abang angkat A yang memberikan cadangan seperti ini untuk melihat kami bersama semula biarpun cadangan tu sedikit menyakitkan tapi tidak apa yang penting sekarang Yul gembira. Yul nak minta maaf kalau Yul salah anggap dengan abang selama ni. Terima kasih cinta sebab memberikan Yul peluang kedua.
Research chemicals - are they readily available?
11 years ago
.jpg)
^_^
ReplyDelete^_^.....
^_^.....
so sweetttttttt!!!!
thanks.
ReplyDeletei'm so lucky with him actually.
ur life story more sweet than me.
ni la benda bodoh yang yul pernah buat.
will be my first and last.
so take good care urs.huhu