Wednesday, May 26, 2010

Dia Budak Kampung


Hari dihitung bulan dinanti, nasib seoarang budak kampung yang tidak terperi sentiasa teruji. Ada untung badan gembira, langit runtuh hanya Dia yang tahu. Dengan berbekalkan doa dan harapan orang tua dikampung sudah cukup untuk mengubati luka dihati. Sentiasa akur dengan sikap manusia yang tidak tahu menilai erti kehidupan. Cuma satu menjadi pegangan si Dia, tidak lupa akan dari mana asal usulnya dia datang. Merantau jauh bukanlah suatu benda yang menghiburkan tetapi demi mencari ilmu dan pengalaman untuk mengisi akal fikiran. Bila dilihat tiada siapa yang tahu betapa pentingnya ilmu untuk panduan sebuah kehidupan. Hari demi hari, pejam celik sudah hampir tiga tahun si Dia meninggalkan kampung halaman. Perjalanan hidup sebagai seorang pelajar bukan Mudah lebih-lebih lagi si Dia yang tak berkeupayaan untuk menampung kehidupannya di rantau orang yang begitu asing baginya. Dunia kampung dan Bandar tidak lah jauh berbeza hanya hutan rimba yang membezakannya.
Hari ini si Dia keluar rumah disebabkan si Dia ada urusan yang perlu diselesaikan. Kalau bukan disebabkan urusan si Dia tidak pernah berganjak atau meninggalkan dari kamar tidurnya tanpa bersebab. Bukan kerana malas mahupun penat tetapi si Dia tidak mahu membazirkan masa sehariannya terbuang begitu sahaja dengan benda yang tidak mendatngkan sebarang manfaat untuknya. Melihat jam ditangan, jarum jam menunjukkan sudah hampir jam 1.30petang sambil menunggu LRT Si Dia termenung sejenak, mengapa manusia diciptakan berbeza-beza?  Masih terngiang difikaran si Dia “ditempat orang kena jaga tingkah laku, orang di sana tak sama dengan orang di sini” kepilan seorang tua yang bergelar seorang ibu. Namanya juga manusia, jika semua ciptaannya sama maka bosanlah jawapanya. Si Dia tersengih sendiri. Orang sekeliling memandang si Dia dengan pandangan yang sinis. Mungkin di sebabkan Si Dia hanya memakai baju yang agak kelihatan lama dengan mengenakan seluar pendek dan sepasang selipar lama sambil tersenyum sendiri, kerana bagi si Dia benda yang elok kenapa hendak dibuang hanya disebabkan hendak tampak segak bergaya. Si Dia tidak mengendahkannya. Manusia selalu memandang sinis dengan orang yang sedemikian rupanya. Zaman sekarang hati di letak jauh, harta benda pula menjadi ukuran yang dipandang sergah. Namun si Dia masih gembira Dan bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan yang diterimanya. Tuah ayam Nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah adat resam dunia yang tiada siapa pun tahu.
LRT ditunggu sudah pun tiba sambil menunggu pintu terbuka bermacam-macam kerenah dapat di saksikan. Orang muda yang hampir sebaya umur dengan si Dia berebut-rebut ingin masuk seperti ada pertandingan merebut wang didalamnya. Si dia hanya terdiam dan menunggu giliran. Bila kaki sudah mula berlabuh mencari keselesaan, si Dia memandang kiri dan kanan takut ada yang kurang selesa dipandang. Lalu si Dia mengenakan sepasang headphone ditelinga kanan dan kirinya lalu memainkan lagu korea yang dinyanyikan oleh kumpulan 2pm ft. SNSD berjudul cabi song. Sambil si Dia mendengar lagu si Dia terlihat telatah seorang budak lelaki umur lingkungan dalam 9 ke 11 tahun yang ditemani emaknya. Si Dia tersenyum melihat gelagat budak tersebut mengingatkan dirinya kepada waktu zaman kecilnya. Si Dia merasa rindu dengan keluarganya. Si Dia hanya mampu menahan sebak di hati maklumlah keluarga si Dia bukanlah dekat yang boleh di capai mengunakan pacuan beroda. ketika asyik mendengar lagu 30 minit sudah pun berlalu, destinasi yang dituju sudah pun tiba. Kedengaran announcement yang memberitahu destinasi seterusnya ke KL Sentral sudah sampai waktu. Ya, si Dia sebenarnya ingin ke KL Sentral untuk membuat urusan. Bukanlah penting hanya ingin membeli tiket pulang ke kampung. Dengan hasil duit yang tak seberapa dapatlah si Dia membeli tiket pulang ke kampung mengunakan penerbangan Malaysia Airline. Mesti orang tertanya-tanya, bukankah tiket MAS lebih mahal? Jangan silap si Dia tahu. Si Dia tak akan mampu membeli tiket tanpa menggunakan kelebihan dirinya sebagai seorang pelajar kolej untuk mendapatkan harga istimewa. Selesai semua urusan si Dia pergi mencuci mata sebentar di sekitar kawasan KL Sentral sambil meneguk sebotol air mineral yang baru di belinya. Si Dia terlihat pasangan yang membuatkan matanya tak berhenti memandang. bukan kerana apa sepasang kaum adam berjalan berpimpin tangan tangan membuatkan si Dia teringatkan seseorang yang agak lama juga Dia tidak ketemu. Memikirkan nasib badan yang sedemikian rupa si Dia bertekad untuk berusaha merubah kehidupan dirinya dan keluarga untuk kesenangan masa tuanya. Masa depan si Dia tiada orang yang dapat menentukan hanya Dia yang bisa menentukan.
                Setibanya si Dia di tempat tinggal, si Dia mengeluh kepenatan sambil mengingatkan perasaan gembira. Si Dia merasa rindu pelukkan dan masakkan ibunya dan juga ayahnya yang hampir sembuh sepenuhnya selapas kejadian motor yang ditungganginya bertembung dengan pacuan empat roda seminggu sebelum Raya Aidilfitri tahun lepas. Si Dia hanya mampu berserah dan menahan dari semua masalah dunia. Kerana baginya budak kampung bukanlah teruk seperti yang digambarkan dan si Dia berasa bangga kerana bergelar budak kampung. Kerana Dia tahu, tiada orang yang tahu tentang dirinya melainkan dirinya sendiri. Malu kerana disebabkan tidak berharta bukanlah suatu benda yang harus dimalukan kerana nilai murni seseorang itu lebih berharga dari batu permata yang berjuta juta harganya.

Nota kaki: Si Dia merupakan seorang pelajar tahun terakhir disebuah kolej di Kuala Lumpur. Si Dia juga merupakan seorang anak lelaki yang peramah dan berhati lembut “bukanlah bersifat atau beperwatakan seperti seorang perempuan” yang hanya menginginkan cinta dari seorang manusia yang bergelar Adam.  

No comments:

Post a Comment